Thursday 22 November 2012

Storyboard.

Cara membuat Pansuh Ayam

Tekan untuk gambar yang lebih besar dan jelas.
Bahan-bahannya ialah setengah ekor ayam dipotong mengikut citarasa masing-masing. Daun ubi kayu , buluh , serai , halia , bawang putih , garam , ajinamoto dan tepus. 

Tekan untuk gambar yang lebih besar dan jelas.
Setelah ayam dibersihkan , gaulkan ayam bersama sedikit garam dan ajinamoto. Kemudian , ramaskan daun ubi kayu sehingga menjadi potongan yang kecil. 

Tekan untuk gambar yang lebih besar dan jelas.
Masukkan ayam dan gaul bersama daun ubi kayu yang telah diramas. Tumbuk halia , bawang putih dan serai. Masukkan bahan yang telah ditumbuk bersama ayam dan daun ubi kayu. Patah-patahkan tebus dan campurkan bersama. Gaul semua bahan ini sehingga sebati. 

Tekan untuk gambar yang lebih besar dan jelas.
Masukkan semua bahan yang telah digaul ke dalam buluh yang telah dibersihkan. Letakkan sedikit air. Kemudian , sumbatkan di bahagian atas buluh tadi sedikit daun ubi kayu sebagai penutupnya. 

Tekan untuk gambar yang lebih besar dan jelas.
Bakar buluh tersebut di atas arang yang telah membara. Golek-golek buluh tersebut supaya isinya masak dengan sekata. 

Tekan untuk gambar yang lebih besar dan jelas.
Setelah masak , keluarkan isi buluh tersebut secara perlahan-lahan untuk mengelakkan ayam pansuh tersebut tumpah. Inilah hasilnya ayam pansuh yang telah siap dimasak dan aromanya yang wangi dapat kita hidu.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Friday 2 November 2012

Projek - Video Atas Talian

Cara memasak pansuh ayam


Menyunting video.

Cara-cara menyunting video pansuh ayam. 


Rakam Video Dari Camcorder dan Peranti Video Lain

Muatkan pelbagai format fail video dari sumber-sumber yang berbeza.
VideoPad boleh menangkap video dari :
  • DV based camcorders
  • Hard disk drive camcorders
  • Webcams
  • DVD dan CD discs
dan mana-mana peranti lain yang disambungkan ke komputer anda.
…………………………………………………………………………………………………………
Tukar Video Kepada .avi Format 
 
Menukarkan fail ke format yang VideoPad boleh baca dan kesan untuk disunting.
…………………………………………………………………………………………………………

Menambah Fail Ke Dalam VideoPad

Klik pada Add Media untuk menambah dan memilih fail yang hendak disunting.

…………………………………………………………………………………………………………

 

Potong Seksyen Tertentu Daripada Klip Video

  
·         Seret point pada previewer klip untuk menyesuaikan permulaan dan penamat video.
·         Gunakan tools ‘Split Clip’ untuk memotong fail video panjang ke dalam klip pendek.
·         Gunakan ‘Save as New Clip’ untuk mengeluarkan bahagian daripada fail video yang panjang.
·         Lihat klip anda di Storybook atau mod Timeline, dan mengoptimumkan masa anda menghabiskan menavigasi melalui klip turutan.
·         Kawalan yang sangat intuitif membolehkan anda scroll, zoom, memotong dan trim klip anda dengan mudah.

…………………………………………………………………………………………………………

Menambah Peralihan

 

Menggunakan peralihan yang berbeza dengan lancer untuk menukar antara klip video. Menambah peralihan adalah semudah memilih dari tab peralihan dan klik 'Apply'.

 

…………………………………………………………………………………………………………


Export Video

Mengeksport filem di full HD, burn CD, terus upload ke YouTube, atau mengoptimumkan untuk tontonan yang mudah alih.