Friday 11 May 2012

Rancangan Pelajaran Harian Dunia Sains Dan Teknologi.

Topik:
Haiwan

Masa :
4 waktu (2 waktu –Fasa 1 & 2)/(2 waktu – Fasa 3 & 4)

Standard kandungan:
Sains Hayat
2.1 Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup.

Standard pembelajaran:
2.1.1 Mengenal pasti keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara   
         dan tempat perlindungan.
2.1.2 Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan.
2.1.3 Memberi contoh haiwan dan makanan yang dimakan.
2.1.4 Mengelaskan haiwan mengikut makanan yang dimakan iaitu makan tumbuhan
         sahaja, makan daging sahaja, makan tumbuhan dan daging.

Objektif:
Melalui topik ini, murid akan mempelajari
1. mengenai keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan.  
2. memahami haiwan mengikut makanan yang dimakan iaitu makan tumbuhan
    sahaja, makan daging sahaja, makan tumbuhan dan daging.

Sumber:
Movie haiwan, gambar haiwan, carta haiwan, kad manila,  
Lembaran kerja 1,2, 3 dan 4 – pentaksiran

Pendekatan:
Konstruktivisme, kontekstual dan perbincangan.

EMK:
TMK, Ms Word

Aktiviti:
Fasa 1(Persediaan)
1.  Guru menunjukkan gambar haiwan melalui ‘movie maker’.
2.  Guru menyuruh murid menyatakan semula nama-nama haiwan
     yang telah dilihat tadi.
3.  Guru menyoal murid apakah keperluan asas yang diperlukan oleh
     haiwan-haiwan tersebut untuk hidup.
4.  Guru membimbing murid menyatakan keperluan asas haiwan untuk
     hidup adalah makanan, air, udara dan tempat perlindungan.
5.  Murid menjawab lembaran kerja 1.

Fasa 2 (Imaginasi)
1.  Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan.
2.  Guru menunjukkan 2 buah balang kepada murid di dalam kelas.
    - Balang A (Belalang yang masih hidup)
    - Balang B (Belalang yang telah mati)
3.  Guru menyoal murid dengan :
    - Mengapakah belalang di dalam Balang A masih hidup?
    - Mengapakah belalang di dalam Balang B telah mati?
4.  Murid menulis jawapan di dalam kad manila yang telah disediakan
     oleh guru.
5.  Setiap wakil kumpulan membentangkan jawapan mereka .
6.  Guru membimbing murid selepas pembentangan murid.
7.  Guru memberi lembaran kerja 2 kepada setiap murid.
8.  Beberapa murid dipanggil ke depan untuk menjawab soalan lembaran kerja 2
     tersebut dengan menggunakan MsWord.
9.  Sebagai rumusan, murid menonton video ( The basic needs of an animal).

Fasa 3 (Perkembangan) / ( sambung aktiviti minggu depan )
1.  ( set induksi) Guru menayangkan semula video The basic needs of an animal sebagai
      ulangan pelajaran yang lepas. 
     Guru menunjukkan 3 keping gambar iaitu kucing, ayam dan lembu.
2.  Guru menyoal murid apakah makanan untuk kucing, ayam dan
     lembu.
3.  Murid berbincang dan menulis jawapan tentang makanan untuk   
     kucing, ayam dan lembu dalam kumpulan.
4.  Guru membimbing murid selepas sesi perbincangan.
5.  Murid menjawab lembaran kerja 3.


Fasa 4 (Tindakan)
1.  Guru menyediakan beberapa carta dan beberapa jenis kad nama makanan untuk setiap
     kumpulan.
2.  Murid dikehendaki memilih kad nama makanan yang sesuai dan
     menampalkannya pada gambar haiwan yang betul.

Contoh carta :
3.  Guru mempamerkan carta yang sama di papan dan menyuruh wakil
     kumpulan untuk memberi jawapan.
4. Guru memberi bimbingan kepada murid bahawa haiwan
    boleh dikelaskan kepada:
·         Haiwan yang makan haiwan sahaja
·         Haiwan yang makan tumbuhan sahaja
·         Haiwan yang makan tumbuhan dan haiwan
5.  Murid menjawab lembaran kerja 4.

Pentaksiran:
1.  Murid menjawab lembaran kerja 1, 2, 3 dan 4.

Refleksi :


Thursday 10 May 2012

Lembaran Kerja 1.



  Nama: _________________ Kelas: ______________

  Padankan tingkah laku haiwan dengan keperluan asas yang betul.




Lembaran Kerja 2.







  Nama: __________________ Kelas: _______________

  Apakah yang akan berlaku kepada empat ekor tikus yang berikut 
  selepas satu minggu dan berikan sebab ? 



Selepas satu minggu ,

1 Tikus P ______________________________________.

2 Tikus Q ______________________________________.

3 Tikus R ______________________________________.

4 Tikus S______________________________________.
 


Lembaran Kerja 3.






  Nama: __________________ Kelas: _______________


  Bulatkan makanan yang dimakan oleh haiwan yang berikut.



Lembaran Kerja 4.







  Nama: __________________ Kelas: _______________


  Namakan haiwan-haiwan yang berikut dalam kumpulan yang betul.





Makan tumbuhan sahaja
Makan haiwan sahaja
Makan tumbuhan dan haiwan











Keperluan Asas Haiwan.



Movie Haiwan.